JellyPages.com

Saturday, March 30, 2013

Maksud kasih sayang....




Apa yang dimaksudkan dengan kasih-sayang? Allah SWT bekalkan kita dengan pelbagai jenis perasaan. Ada perasaan marah, sayang, benci dan sedih. Perasaan-perasaan tersebut adalah bersifat batinniyah dan wujud dalam hati kita semua tetapi ianya dapat dilihat daripada perilaku masing-masing. Salah satu perasaan yang seringkali dipersoalkan ialah kasih sayang diri-sendiri, orang lain dan kehidupan.

Konsep kasih-sayang juga amat meluas dan ianya bukanlah sekadar perasaan yang perlu diluahkan kepada kekasih kita sahaja tetapi kita perlu berkasih sayang dengan Allah, Rasul, ibubapa, saudara seislam adik-beradik dan sebagainya. Kasih sayang ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas.


Kasih sayang amat penting dalam kehidupan kita seharian, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Sebagai contoh, kasih-sayang dengan keluarga kita. Kasih-sayang seorang ibu amat penting untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dan mendapat didikan yang sepenuhnya. Jika mereka gagal, anak-anak akan rasa tersisih dan beranggapan bahawa mereka hanyalah beban kepada ibu mereka.


Kita juga perlu menjaga hubungan dengan sahabat kita sendiri, tidak kira waktu mereka susah atau senang. Kita tidak boleh menyisih mereka jika mereka ada masalah. Kita perlu sentiasa menolong mereka dan tidak rugi pun jika kita tolong. Malah dapat menambah pahala kita untuk akhirat kelak.