JellyPages.com

Tuesday, April 16, 2013

Cara untuk berkasih-sayang terhadap ibu bapa


Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Mereka banyak berjasa kepada kita sejak kita dalam kandungan lagi. Apabila tiba masanya untuk kita lahir ke dunia ini, ibu kita perlu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan mereka tidak terhenti disitu saja. Kita sebagai seorang anak, haruslah menghargai dan membalas jasa mereka dengan seeloknya. Sebagaimana tertulis di dalam kitab suci Al-quran "dan tuhanmu telah memerintahkan agar jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika   salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah berusia disisi kamu, maka janganlah kamu berkata "ah" kepada mereka dan janganlah mengherdik mereka tetapi ucapkanlah kata-kata yang mulia. (surah Al- isra'-23)



Cara-cara untuk berkasih-sayang dengan ibu bapa :-
1-Menyayangi mereka sepenuhnya.
2-Taat dan hormati mereka.
3-Menjaga kesihatan mereka.
4-Belajar dengan bersungguh-sungguh.
5-Sopan-santun dengan mereka.
6-Ambil-berat tentang mereka.
      
Hari ini,saya ingin berkongsi cerita tentang sepupu saya yang telah kehilangan ayahnya. Ayahnya sudah kembali kerahmatullah pada tahun lepas akibat daripada serangan jantung. Shahmi berumur 12 tahun manakala,adik-adiknya Syira berumur 6 tahun, Qistina,7 tahun dan Sufi,10 tahun. Syira selalu menangis pada waktu malam sambil bertanyakan bagaimana keadaan ayah mereka disana. Semasa ayah mereka masih ada, Sufi selalu memarahi ayahnya kerana tidak dapat belikan PS2. Setelah ayahnya meninggal, dia menjadi lebih pendiam dan selalu berdikari. Dia meluahkan rasa sedihnya melalui lukisan dengan melukis van jenazah yang membawa ayahnya pulang. Shahmi pula menceritakan saat-saat terakhir ayahnya bersama dia dimana ayahnya sangat prihatin terhadap dia dengan menyuap nasi dengan menggunakan tangannya walaupun Shahmi sudah pandai menyuap sendiri. Tapi, Shahmi membiarkan sahaja ayahnya berkelakuan sademikian kerana tidak mengetahui apa yang bakal berlaku. Mereka tidak sempat merasa kasih-sayang seorang ayah dari kecil lagi. Oleh sebab itu, selagi ayah kita masih ada, kita perlu menghargai dia dan menjaga dia sebagaimana dia menjaga kita.


Dari kiri:- Shahmi, Maliza(ibu), Syira, Suharto(ayah), Qistina, Sufi
Pada hari Ahad, 5.5.2013, rumah kami dikejutkan dengan satu lagi khabar sedih dimana ayah kepada kawan serumah kami telah meninggal dunia. Pada jam 3 pagi, Nana menangis sambil terduduk. Kami menenangkan dia dan menyuruh dia ambil wuduk, selepas dia kembali tenang, kami sama-sama membaca yassin untuk arwah. Ya Allahhhhh, sedih sangat...Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menelefon ayah kita untuk bertanyakan khabar dan sentiasa meminta maaf kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba.