JellyPages.com

Monday, May 20, 2013

Haiwan pun ada sifat kasih -sayang?????


Segala kejadian yang ada didunia ini, tidak kira benda hidup atau tidak serta alam ghaib, semuanya ialah makhluk Allah.S.W.T. Setiap makhluk mempunyai fitrah masing-masing. Manusia merupakan makhluk yang  tertinggi antara makhluk-makhluk di muka bumi ini kerana mempunyai akal. Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah mengenai kasih-sayang haiwan. Allah bekalkan kepada setiap makhluk yang hidup dengan sifat kasih-sayang, tidak kira samada manusia, haiwan mahupun alam ghaib. Sifat kasih-sayang juga penting untuk kita elakkan daripada berlakunya sesuatu pergaduhan.

Setiap haiwan membiak mengikut kesesuaian alam. Ada haiwan yang membiak melalui proses bertelur dan ada juga melalui proses beranak. Sebagaimana yang kita tahu, serangga melalui dari satu peringkat ke satu peringkat contohnya lalat, rama-rama, nyamuk, kupu-kupu dan lain-lain. Makhluk yang berdarah panas lebih jelas sifat kasih-sayangnya terhadap anaknya masing-masing. Ibunya menjaga kebajukan dan keselamatan anaknya sehingga ia boleh mencari makanannya sendiri. Haiwan yang menjaga telurnya hingga menetas juga merupakan fitrah kasih-sayang yang ditunjukkan kepada anaknya . Oleh itu, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita haruslah menyayangi binatang kerana mereka juga makhluk Allah S.W.T. Kita juga perlu sayang kepada anak kita. Sedangkan binatang pun tahu untuk sayang kepada anak masing-masing, inikan pula kita,makhluk yang berakal.         



Beruang yang melidungi anaknya daripada kesejukan
Kasih sayang haiwan terhadap manusia dapat dilihat melalui seekor lembu dimana susunya dijadikan minuman dan dapat memberi manfaat kepada tumbesaran manusia. Selain itu, ayam juga sanggup berkorban kerana telurnya dapat dijadikan makanan yang berkhasiat kepada manusia. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dan sentiasa sayang kepada makhluk Allah.


Swan yang menyayangi antara satu sama lain

sEoRaNg GuRu YaNg PeNyAyAnG

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang pernah saya lalui semasa di alam persekolahan. Saya pernah belajar dengan seorang guru berbangsa cina. On the 1st day, saya dah kena marah dengan dia sbbnye datang lmbt, eeeeeeeee,,,sakit hati betul ak ngan cikgu ni!!!!!Bajet jerrrr, ak gitau mak ak jap gi, siapla ko...huhuhu....Da la kena marah, lps tu kna brdiri plk depan kelas. Cikgu ni mengajar subjek English, da la x suke subjek tu,, skali dpt cikgu mcm tu plk,,,adoiiiiiii...=(....1st exam dpt c,,,hahaha...truk bebenor BI ak ni...malu pn ad jgk,,,tiap -tiap hari kna bce grammar,,pnt tul....i am, you are, they are, and so on....Pada suatu hari, essay saye terpilih dan dijadikan contoh kat depan,, tu pun sbb ad bnyk kesalahan,,malu kot...time tu rase pns jer ngan teacher tu...dia ni,,saje jer,,,nk knakn aku...ya Allah,,x lama kmudian,, UPSR da dekat,,,saye pn xtau saye bce ape,,,Teacher Lim ckp, dia nk bagi hadiah untuk sesiapa yang dapat A, Alhamdulillah,, saye dapat A, then dapat duit RM 10 dan hadiah, kat dalam hadiah tu, ada sepucuk surat,  terkejut sangatttttttt!!!!! dia mintak maaf sbb selalu marah saye, dia buat macam tu sbbnye,,,dia nak bagi semangat supaya saya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.....baik rupenye teacher ak  ni...huhuuuhu..rasa bersalah sgt ngan dia...adoiii,,,maafkan saya cikgu =(



Kita sebagai seorang pelajar hendaklah menghormati guru kita dan tidak bersangka buruk terhadap mereka. Kita perlu minta restu daripada mereka supaya merestui setiap ilmu yang telah mereka ajarkan. Kita juga perlu menjaga hati mereka supaya apa yang mereka ajar dapat kita ingat sampai bila-bila. Sayangilah guru anda semua dan jangan lupa jasa mereka apabila kamu semua sudah berjaya kelak. 

Selamat Hari Guru tuk semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar diriku ini, dari tadika Sri Abim, Pasti, Sekolah Sri Abim, Sekolah Kebangsaan Sri Chempaka, Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas, Sekolah Kebangsaan KEM, Maahad Muhammadi Lilbanat, Maahad Tahfiz Sains and Universiti Sains Islam Malaysia. Terima kasih cikgu,,jasamu akan kukenang sampai bila-bila...=).