JellyPages.com

Saturday, May 25, 2013

Cinta kepada Rasulullah

Sejauh mana kasih dan kecintaan kita kepada Rasullullah SAW ? Sejauh mana kita benar-benar membuktikan kecintaan kita kepada baginda? Saat ini ditahap mana perjuangan kita meneruskan misi risalah dakwah  rasullullah SAW. Apakah kisah kita sekadar sebutan di bibir sedangkan kehidupan kita jauh dari meneladani peribadi dan akhlak baginda SAW. Umat kekeringan cinta sejati terhadap Rasul. Justeru saat ini kita kehilangan kekuatan sebenar untuk meningkatkan kembali Islam dalam kehidupan kita.

Menurut sirah para sahabat RA, kita akan menemui keteladanan luar biasa mereka dalam membuktikan kasih sayang mereke kepada Rasullullah SAW. Jom kita sama-sama tadabbur salah satu sirah mereka. Di dalam sirah Ibnu Hisham diceritakan satu kisah sahabat Saad bin Rabe' yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasul pun kasih kepadanya.

Cinta Saad bin Rabe' pada Rasul

Sebaik saja peperangan berakhir ramai di klangan sahabat yang gugur syahid. Tetapi Nabi SAW yang DAHINYA MASIH LUKA BERDARAH SERTA patah gigi, baginda tetap terkenangkan seorang sahabat yang baginda kasihi dan sayangi iaitu Saad bin Rabe'.

Dikalangan pasukan perang yang hidup itu Nabi SAW tidak melihat kelibat Saad bin Rabe'. Tergerak dihati Nabi untuk mengetahui keadaan Saad bin Rabe', samada Saad masih hidup ataupun terut terkorban bersama syuhada yang lain.


Nabi SAW mengarahkan di kalangan sahabat untuk berusaha mencari Saad bin Rabe' bagi mengesahkan kedudukannyan yang sebenar, sama ada masih hidup atau gugur syahid. Lalu bangun seorang sahabat dari kalangan Anshar, Zaid bin Tsabit menawarkan diri untuk melaksanakan kehendak Nabi mencari Saad.


Zaid bin Tsabit RA menceritakan bahawa setelah mencari di segenap penjuru medan Uhud akhirnya Saad bin Rabe' ditemui dalam keadaan luka parah. Beliau dikelilingi oleh jenazah para sahabat yang lain. Tetapi keadaan Saad di antara hidup dan mati, malah boleh dikatakan kematian sudah begitu hampir dengannya . Tubuhnya kelihatan terkena 70 luka tusukan tobak, sabitan pedang dan lemparan anak panah. Kemudian Sa'ad berkata " Katakan kepada Rasulullah bahawa aku benar-benar telah mencium wangian syurga. Katakan juga kepada kaumku Anshar agar mereka jangan khuatir jika telah mengikhlaskan diri kepada Rasul dan sesungguhnya mereka telah berada dihujung perjalanan."

Zaid bin Tsabit RA bertanya kepada Saad "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan aku supaya mencari engkau, untuk mengetahui tentang dirimu. Bagaimana keadaan kamu wahai Saad? " Jawab Saad dalam nada lemah:
"Sesungguhnya aku berada dalam kalangan jiwa yang mati. Oleh itu kembalilah yang semakin menghampiri kematian. Jika engkau bertemu Nabi katakan kepada baginda bahawa aku berkirim salam."
Berkata Saad seterusnya dengan nada yang tersekat-sekat :" Bahawa aku berserah diri kepada Allah SWT untuk membalas jasa Nabi SAW, kerana aku tidak dapat membalas jasa baginda yanf telah memimpin dan ,mengasuhku, hingga aku menjadi seorang mukmin dan menjadi pengikut Nabi SAW yang setia."
Kata Saad lagi: Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian bahawa  jika anda masih hidup. Sedangkan kamu tidak memperthankan Nabi sehingga Rasul dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."

Akhirnya Sa'ad menghembuskan nafas terakhirnya. (Hadis Riwayat dan Al-Baihaqi )




Bercinta biar berpada-pada

Hai, apa khabar semua? saya harap kamu semua sihat dan ceria hendaknya. Pada pendapat saya, cinta  berkait rapat dengan kasih-sayang, jadi saya nak berkongsi dengan kamu semua tentang seorang sahabat saya yang hangat bercinta selama 7 tahun dengan pasangannya namun hajat mereka tidak kesampaian hingga ke jinjang pelamin. Saya yakin ramai antara kamu yang masih bercinta dan saya harap ianya kekal. 

Kawan saya mula berkenalan semasa mereka tingkatan 3, mula-mula, msj bertanyakan nama, pura-pura salah nombor, then lastly bercinta. Dalam masa yang sama, lelaki tersebut juga turut bercinta dengan perempuan lain. Dasyat btul laki uh,, curang kotttttttttt....adoi,, saya plk yg mnyirap dgr citer ni....huhuhu..then, dye tunang ngan orang lain.. ya Allah,, btul la ap yg kite dgr slama ni, couple  ngan org lain, tunang ngan org lain, jap gi kawin pun ngan org lain,,,,ish ish ish,,,x patut, x patut...

ok, kite ttp cite dyeorg,,ap yg sye nk share kat sini ialah jgnla bersedih lau da putus cinta, hidup ni msih pnjang lagi dan bknnya pakwe kite sorang je ade kat dunia ni,, ramai lagi kot laki lain..huhuhu..to all readers yang pernah alami benda yang mcm ni, meh saye nk share tips-tips sket..hidup ni kna cool,,relaks2...mmg kite syg dia tpi jgn lbey2,,kita kan ad ALLAH,,kat dalm hati kita pn kena ada ruang untuk isi nama Allah bkn name pakwe kite jerrr.....hihihihi.. =)

Ya, saya x nafikan yang kita patut bersedih tapi biarlah berpada-pada, jangan sampai putus asa dan ada yang sanggup bunuh diri...kita kena ingat, makin kita lemah, makin orang memandang hina pada kita. Kita kena tunjuk yang senbenarnya kita makin kuat selepas berpisah dengan diorang..huhhuhuhu

Allah itu wujud, Dia sentiasa menunggu kita terus mencintai-Nya..Dia menguji kita untuk membawa kita kembali kepadaNya dan tidak sentiasa lalai dengan arus dunia. Sayang kepada manusia perlulah berpada-pada. Jangan terlalu mengharap kepada orang yang belum pasti milik kita. Janganlah berputus asa dan jangan ingat diri kita ni tdk berharga .


Jodoh ini rahsia Allah, sepatutnya kita gembira dengan rahsia ini. Betapa gembiranya kita apabila kita tahu siapakah yang bakal manjadi milik kita. Setiap orang sudah diberi jodoh, semuanya telah tercatat di luh mahfuz. Kita hanyalah perlu berdoa dan yakin supaya Allah beri yang terbaik buat kita,,=)

Sujud cinta seorang hamba

Ok...hari ni jom kita brsjk sama2..huhuhu..nanti saya jelaskan setiap rangkap maksud sajak ni...huhuhu

Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmatMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang dari jalanMu...

Maksud : Kita harus sentiasa berdoa untuk minta ampun daripada Allah serta berharap agar diberikan petunjuk dan tidak terpesong jauh daripada ajaran Islam.

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani...

Maksud : Hati kita akan sentiasa sunyi dan kosong jika tanpa iman dan takwa. Oleh itu, kita harus menambah amalan seharian kita supaya hati kita sentiasa tenang.

Saat tasbih mengisi ruang-ruang kosong dijari
Mulut dan hati bersatu berzikir mengingat Illahi
Jiwa terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat diampuni...

Maksud : Jiwa kita akan tenang jika berzikir pada satu pertiga malam, hendaklah selalu minta ampun dengan Allah supaya dosa-dosa lepas diampunkan.

Kening ini hamba rapatkan diatas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah kebumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukir nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari..

Maksud :  Kita perlu solat hajat ataupun banyakkan solat-solat sunat disamping solat lima waktu supaya kita dapat meluahkan rasa syukur kita terhadap Allah..




Ya Rabbul Izzati
Sudikah kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini?
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrowi hamba diredhai...

Maksud : Allah Maha Pengampun, kita haruslah sentiasa berdoa supaya Allah menerima taubat kita.

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga dengan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk tuhan yang berkuasa diatas segala sesuatu...

Maksud : Hendaklah sentiasa sujud kepada Allah tidak kira kita ada masalah ataupun tidak.

Kesimpulanya, kita hendaklah selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir dan solat sunat supaya hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T ...