JellyPages.com

Monday, May 20, 2013

Haiwan pun ada sifat kasih -sayang?????


Segala kejadian yang ada didunia ini, tidak kira benda hidup atau tidak serta alam ghaib, semuanya ialah makhluk Allah.S.W.T. Setiap makhluk mempunyai fitrah masing-masing. Manusia merupakan makhluk yang  tertinggi antara makhluk-makhluk di muka bumi ini kerana mempunyai akal. Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah mengenai kasih-sayang haiwan. Allah bekalkan kepada setiap makhluk yang hidup dengan sifat kasih-sayang, tidak kira samada manusia, haiwan mahupun alam ghaib. Sifat kasih-sayang juga penting untuk kita elakkan daripada berlakunya sesuatu pergaduhan.

Setiap haiwan membiak mengikut kesesuaian alam. Ada haiwan yang membiak melalui proses bertelur dan ada juga melalui proses beranak. Sebagaimana yang kita tahu, serangga melalui dari satu peringkat ke satu peringkat contohnya lalat, rama-rama, nyamuk, kupu-kupu dan lain-lain. Makhluk yang berdarah panas lebih jelas sifat kasih-sayangnya terhadap anaknya masing-masing. Ibunya menjaga kebajukan dan keselamatan anaknya sehingga ia boleh mencari makanannya sendiri. Haiwan yang menjaga telurnya hingga menetas juga merupakan fitrah kasih-sayang yang ditunjukkan kepada anaknya . Oleh itu, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita haruslah menyayangi binatang kerana mereka juga makhluk Allah S.W.T. Kita juga perlu sayang kepada anak kita. Sedangkan binatang pun tahu untuk sayang kepada anak masing-masing, inikan pula kita,makhluk yang berakal.         



Beruang yang melidungi anaknya daripada kesejukan
Kasih sayang haiwan terhadap manusia dapat dilihat melalui seekor lembu dimana susunya dijadikan minuman dan dapat memberi manfaat kepada tumbesaran manusia. Selain itu, ayam juga sanggup berkorban kerana telurnya dapat dijadikan makanan yang berkhasiat kepada manusia. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dan sentiasa sayang kepada makhluk Allah.


Swan yang menyayangi antara satu sama lain

No comments:

Post a Comment