JellyPages.com

Friday, May 31, 2013

Kasih sayang dalam rumah tangga

Okay, sekarang kita akan bercerita tentang topik yang lebih serius...huhuhu...setiap orang akan melalui alam perkahwinan...disini saya nak kongsikan tips-tips supaya anda dan pasangan anda terus berkekalan hingga ke syurga,,InsyaAllah....=)

Perkahwinan bukanlah sekadar untuk berseronok. Sebagai suami isteri, mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Antara tanggungjawab seorang suami ialah :-

1- memberi sara hidup kpd isteri (makanan, pakaian, tempat tinggal)
2- memberi nafkah zahir dan batin
3-menjaga dari segi keselamatan dan kesihatan isteri serta anak
4- melindungi maruah keluarga dan harta benda
5- sentiasa membimbing keluarga kejalan benar
6- mendidik anak-anak
7- penasihat dalam keluarga dan bijak selesai masalah

manakala tanggungjawab isteri pula :-

1- manjaga kehormatan diri
2- patuh setiap suruhan suami selain daripada maksiat
3- melayan suami dari segi zahir dan batin
4- menumpukan kasih sayang kepada suami dan anak-anak
5- menjaga kebersihan rumah tangga
6- menjaga amanah suami

Suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, kasih sayang amat penting dalam sesebuah rumah tangga kerana tidak semua perkahwinan indah, ada yang bercerai dan menjadi janda atau dua. Mereka perlu saling mempercayai antara satu sama lain dari segi percakapan perbuatan mahupun pemikiran, Me

reka juga perlu saling memahami antara satu sama lain, bertolak ansur dan bersabar.

Wednesday, May 29, 2013

Sayang kepada tumbuhan


Jika kita melihat alam tumbuh-tumbuhan terutamanya pokok yang berbuah, ia juga mempunyai sifat kasih sayang. Nak tahu kenapa saya csksp cmtu?????

Kita tengok pokok mangga ia tumbuh subur dengan mengambil zat pemakananya yang berbentuk baja dalam perut bumi dan diproses untuk menjadi makanan. Ia membesar dengan bantuan cahaya matahari dan karbon dioksida dan mengeluarkan gas oksigen kepada kita supaya kita dapat menghirup udara yang segar.

Kita juga perlu menjaga pokok-pokok serta tumbuhan hijau supaya bumi kita selamat daripada pelapisan ozon. Kita juga tidak boleh sengaja memetik mana-mana daun kerana ia juga perlu hidup diatas muka bumi ini. Pokok bunga juga amat penting kepada kita semua kerana kita akan menjadi lebih tenang jika pergi ke taman bunga. Saya yakin rami wanita yang sayang kepada bunga.

Saturday, May 25, 2013

Cinta kepada Rasulullah

Sejauh mana kasih dan kecintaan kita kepada Rasullullah SAW ? Sejauh mana kita benar-benar membuktikan kecintaan kita kepada baginda? Saat ini ditahap mana perjuangan kita meneruskan misi risalah dakwah  rasullullah SAW. Apakah kisah kita sekadar sebutan di bibir sedangkan kehidupan kita jauh dari meneladani peribadi dan akhlak baginda SAW. Umat kekeringan cinta sejati terhadap Rasul. Justeru saat ini kita kehilangan kekuatan sebenar untuk meningkatkan kembali Islam dalam kehidupan kita.

Menurut sirah para sahabat RA, kita akan menemui keteladanan luar biasa mereka dalam membuktikan kasih sayang mereke kepada Rasullullah SAW. Jom kita sama-sama tadabbur salah satu sirah mereka. Di dalam sirah Ibnu Hisham diceritakan satu kisah sahabat Saad bin Rabe' yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasul pun kasih kepadanya.

Cinta Saad bin Rabe' pada Rasul

Sebaik saja peperangan berakhir ramai di klangan sahabat yang gugur syahid. Tetapi Nabi SAW yang DAHINYA MASIH LUKA BERDARAH SERTA patah gigi, baginda tetap terkenangkan seorang sahabat yang baginda kasihi dan sayangi iaitu Saad bin Rabe'.

Dikalangan pasukan perang yang hidup itu Nabi SAW tidak melihat kelibat Saad bin Rabe'. Tergerak dihati Nabi untuk mengetahui keadaan Saad bin Rabe', samada Saad masih hidup ataupun terut terkorban bersama syuhada yang lain.


Nabi SAW mengarahkan di kalangan sahabat untuk berusaha mencari Saad bin Rabe' bagi mengesahkan kedudukannyan yang sebenar, sama ada masih hidup atau gugur syahid. Lalu bangun seorang sahabat dari kalangan Anshar, Zaid bin Tsabit menawarkan diri untuk melaksanakan kehendak Nabi mencari Saad.


Zaid bin Tsabit RA menceritakan bahawa setelah mencari di segenap penjuru medan Uhud akhirnya Saad bin Rabe' ditemui dalam keadaan luka parah. Beliau dikelilingi oleh jenazah para sahabat yang lain. Tetapi keadaan Saad di antara hidup dan mati, malah boleh dikatakan kematian sudah begitu hampir dengannya . Tubuhnya kelihatan terkena 70 luka tusukan tobak, sabitan pedang dan lemparan anak panah. Kemudian Sa'ad berkata " Katakan kepada Rasulullah bahawa aku benar-benar telah mencium wangian syurga. Katakan juga kepada kaumku Anshar agar mereka jangan khuatir jika telah mengikhlaskan diri kepada Rasul dan sesungguhnya mereka telah berada dihujung perjalanan."

Zaid bin Tsabit RA bertanya kepada Saad "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan aku supaya mencari engkau, untuk mengetahui tentang dirimu. Bagaimana keadaan kamu wahai Saad? " Jawab Saad dalam nada lemah:
"Sesungguhnya aku berada dalam kalangan jiwa yang mati. Oleh itu kembalilah yang semakin menghampiri kematian. Jika engkau bertemu Nabi katakan kepada baginda bahawa aku berkirim salam."
Berkata Saad seterusnya dengan nada yang tersekat-sekat :" Bahawa aku berserah diri kepada Allah SWT untuk membalas jasa Nabi SAW, kerana aku tidak dapat membalas jasa baginda yanf telah memimpin dan ,mengasuhku, hingga aku menjadi seorang mukmin dan menjadi pengikut Nabi SAW yang setia."
Kata Saad lagi: Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian bahawa  jika anda masih hidup. Sedangkan kamu tidak memperthankan Nabi sehingga Rasul dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."

Akhirnya Sa'ad menghembuskan nafas terakhirnya. (Hadis Riwayat dan Al-Baihaqi )




Bercinta biar berpada-pada

Hai, apa khabar semua? saya harap kamu semua sihat dan ceria hendaknya. Pada pendapat saya, cinta  berkait rapat dengan kasih-sayang, jadi saya nak berkongsi dengan kamu semua tentang seorang sahabat saya yang hangat bercinta selama 7 tahun dengan pasangannya namun hajat mereka tidak kesampaian hingga ke jinjang pelamin. Saya yakin ramai antara kamu yang masih bercinta dan saya harap ianya kekal. 

Kawan saya mula berkenalan semasa mereka tingkatan 3, mula-mula, msj bertanyakan nama, pura-pura salah nombor, then lastly bercinta. Dalam masa yang sama, lelaki tersebut juga turut bercinta dengan perempuan lain. Dasyat btul laki uh,, curang kotttttttttt....adoi,, saya plk yg mnyirap dgr citer ni....huhuhu..then, dye tunang ngan orang lain.. ya Allah,, btul la ap yg kite dgr slama ni, couple  ngan org lain, tunang ngan org lain, jap gi kawin pun ngan org lain,,,,ish ish ish,,,x patut, x patut...

ok, kite ttp cite dyeorg,,ap yg sye nk share kat sini ialah jgnla bersedih lau da putus cinta, hidup ni msih pnjang lagi dan bknnya pakwe kite sorang je ade kat dunia ni,, ramai lagi kot laki lain..huhuhu..to all readers yang pernah alami benda yang mcm ni, meh saye nk share tips-tips sket..hidup ni kna cool,,relaks2...mmg kite syg dia tpi jgn lbey2,,kita kan ad ALLAH,,kat dalm hati kita pn kena ada ruang untuk isi nama Allah bkn name pakwe kite jerrr.....hihihihi.. =)

Ya, saya x nafikan yang kita patut bersedih tapi biarlah berpada-pada, jangan sampai putus asa dan ada yang sanggup bunuh diri...kita kena ingat, makin kita lemah, makin orang memandang hina pada kita. Kita kena tunjuk yang senbenarnya kita makin kuat selepas berpisah dengan diorang..huhhuhuhu

Allah itu wujud, Dia sentiasa menunggu kita terus mencintai-Nya..Dia menguji kita untuk membawa kita kembali kepadaNya dan tidak sentiasa lalai dengan arus dunia. Sayang kepada manusia perlulah berpada-pada. Jangan terlalu mengharap kepada orang yang belum pasti milik kita. Janganlah berputus asa dan jangan ingat diri kita ni tdk berharga .


Jodoh ini rahsia Allah, sepatutnya kita gembira dengan rahsia ini. Betapa gembiranya kita apabila kita tahu siapakah yang bakal manjadi milik kita. Setiap orang sudah diberi jodoh, semuanya telah tercatat di luh mahfuz. Kita hanyalah perlu berdoa dan yakin supaya Allah beri yang terbaik buat kita,,=)

Sujud cinta seorang hamba

Ok...hari ni jom kita brsjk sama2..huhuhu..nanti saya jelaskan setiap rangkap maksud sajak ni...huhuhu

Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmatMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang dari jalanMu...

Maksud : Kita harus sentiasa berdoa untuk minta ampun daripada Allah serta berharap agar diberikan petunjuk dan tidak terpesong jauh daripada ajaran Islam.

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani...

Maksud : Hati kita akan sentiasa sunyi dan kosong jika tanpa iman dan takwa. Oleh itu, kita harus menambah amalan seharian kita supaya hati kita sentiasa tenang.

Saat tasbih mengisi ruang-ruang kosong dijari
Mulut dan hati bersatu berzikir mengingat Illahi
Jiwa terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat diampuni...

Maksud : Jiwa kita akan tenang jika berzikir pada satu pertiga malam, hendaklah selalu minta ampun dengan Allah supaya dosa-dosa lepas diampunkan.

Kening ini hamba rapatkan diatas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah kebumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukir nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari..

Maksud :  Kita perlu solat hajat ataupun banyakkan solat-solat sunat disamping solat lima waktu supaya kita dapat meluahkan rasa syukur kita terhadap Allah..




Ya Rabbul Izzati
Sudikah kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini?
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrowi hamba diredhai...

Maksud : Allah Maha Pengampun, kita haruslah sentiasa berdoa supaya Allah menerima taubat kita.

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga dengan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk tuhan yang berkuasa diatas segala sesuatu...

Maksud : Hendaklah sentiasa sujud kepada Allah tidak kira kita ada masalah ataupun tidak.

Kesimpulanya, kita hendaklah selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir dan solat sunat supaya hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T ...




Monday, May 20, 2013

Haiwan pun ada sifat kasih -sayang?????


Segala kejadian yang ada didunia ini, tidak kira benda hidup atau tidak serta alam ghaib, semuanya ialah makhluk Allah.S.W.T. Setiap makhluk mempunyai fitrah masing-masing. Manusia merupakan makhluk yang  tertinggi antara makhluk-makhluk di muka bumi ini kerana mempunyai akal. Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah mengenai kasih-sayang haiwan. Allah bekalkan kepada setiap makhluk yang hidup dengan sifat kasih-sayang, tidak kira samada manusia, haiwan mahupun alam ghaib. Sifat kasih-sayang juga penting untuk kita elakkan daripada berlakunya sesuatu pergaduhan.

Setiap haiwan membiak mengikut kesesuaian alam. Ada haiwan yang membiak melalui proses bertelur dan ada juga melalui proses beranak. Sebagaimana yang kita tahu, serangga melalui dari satu peringkat ke satu peringkat contohnya lalat, rama-rama, nyamuk, kupu-kupu dan lain-lain. Makhluk yang berdarah panas lebih jelas sifat kasih-sayangnya terhadap anaknya masing-masing. Ibunya menjaga kebajukan dan keselamatan anaknya sehingga ia boleh mencari makanannya sendiri. Haiwan yang menjaga telurnya hingga menetas juga merupakan fitrah kasih-sayang yang ditunjukkan kepada anaknya . Oleh itu, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita haruslah menyayangi binatang kerana mereka juga makhluk Allah S.W.T. Kita juga perlu sayang kepada anak kita. Sedangkan binatang pun tahu untuk sayang kepada anak masing-masing, inikan pula kita,makhluk yang berakal.         



Beruang yang melidungi anaknya daripada kesejukan
Kasih sayang haiwan terhadap manusia dapat dilihat melalui seekor lembu dimana susunya dijadikan minuman dan dapat memberi manfaat kepada tumbesaran manusia. Selain itu, ayam juga sanggup berkorban kerana telurnya dapat dijadikan makanan yang berkhasiat kepada manusia. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dan sentiasa sayang kepada makhluk Allah.


Swan yang menyayangi antara satu sama lain

sEoRaNg GuRu YaNg PeNyAyAnG

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang pernah saya lalui semasa di alam persekolahan. Saya pernah belajar dengan seorang guru berbangsa cina. On the 1st day, saya dah kena marah dengan dia sbbnye datang lmbt, eeeeeeeee,,,sakit hati betul ak ngan cikgu ni!!!!!Bajet jerrrr, ak gitau mak ak jap gi, siapla ko...huhuhu....Da la kena marah, lps tu kna brdiri plk depan kelas. Cikgu ni mengajar subjek English, da la x suke subjek tu,, skali dpt cikgu mcm tu plk,,,adoiiiiiii...=(....1st exam dpt c,,,hahaha...truk bebenor BI ak ni...malu pn ad jgk,,,tiap -tiap hari kna bce grammar,,pnt tul....i am, you are, they are, and so on....Pada suatu hari, essay saye terpilih dan dijadikan contoh kat depan,, tu pun sbb ad bnyk kesalahan,,malu kot...time tu rase pns jer ngan teacher tu...dia ni,,saje jer,,,nk knakn aku...ya Allah,,x lama kmudian,, UPSR da dekat,,,saye pn xtau saye bce ape,,,Teacher Lim ckp, dia nk bagi hadiah untuk sesiapa yang dapat A, Alhamdulillah,, saye dapat A, then dapat duit RM 10 dan hadiah, kat dalam hadiah tu, ada sepucuk surat,  terkejut sangatttttttt!!!!! dia mintak maaf sbb selalu marah saye, dia buat macam tu sbbnye,,,dia nak bagi semangat supaya saya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.....baik rupenye teacher ak  ni...huhuuuhu..rasa bersalah sgt ngan dia...adoiii,,,maafkan saya cikgu =(



Kita sebagai seorang pelajar hendaklah menghormati guru kita dan tidak bersangka buruk terhadap mereka. Kita perlu minta restu daripada mereka supaya merestui setiap ilmu yang telah mereka ajarkan. Kita juga perlu menjaga hati mereka supaya apa yang mereka ajar dapat kita ingat sampai bila-bila. Sayangilah guru anda semua dan jangan lupa jasa mereka apabila kamu semua sudah berjaya kelak. 

Selamat Hari Guru tuk semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar diriku ini, dari tadika Sri Abim, Pasti, Sekolah Sri Abim, Sekolah Kebangsaan Sri Chempaka, Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas, Sekolah Kebangsaan KEM, Maahad Muhammadi Lilbanat, Maahad Tahfiz Sains and Universiti Sains Islam Malaysia. Terima kasih cikgu,,jasamu akan kukenang sampai bila-bila...=).