Sejauh mana kasih dan kecintaan kita kepada Rasullullah SAW ? Sejauh mana kita benar-benar membuktikan kecintaan kita kepada baginda? Saat ini ditahap mana perjuangan kita meneruskan misi risalah dakwah rasullullah SAW. Apakah kisah kita sekadar sebutan di bibir sedangkan kehidupan kita jauh dari meneladani peribadi dan akhlak baginda SAW. Umat kekeringan cinta sejati terhadap Rasul. Justeru saat ini kita kehilangan kekuatan sebenar untuk meningkatkan kembali Islam dalam kehidupan kita.
Menurut sirah para sahabat RA, kita akan menemui keteladanan luar biasa mereka dalam membuktikan kasih sayang mereke kepada Rasullullah SAW. Jom kita sama-sama tadabbur salah satu sirah mereka. Di dalam sirah Ibnu Hisham diceritakan satu kisah sahabat Saad bin Rabe' yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasul pun kasih kepadanya.
Cinta Saad bin Rabe' pada Rasul
Sebaik saja peperangan berakhir ramai di klangan sahabat yang gugur syahid. Tetapi Nabi SAW yang DAHINYA MASIH LUKA BERDARAH SERTA patah gigi, baginda tetap terkenangkan seorang sahabat yang baginda kasihi dan sayangi iaitu Saad bin Rabe'.
Dikalangan pasukan perang yang hidup itu Nabi SAW tidak melihat kelibat Saad bin Rabe'. Tergerak dihati Nabi untuk mengetahui keadaan Saad bin Rabe', samada Saad masih hidup ataupun terut terkorban bersama syuhada yang lain.
Nabi SAW mengarahkan di kalangan sahabat untuk berusaha mencari Saad bin Rabe' bagi mengesahkan kedudukannyan yang sebenar, sama ada masih hidup atau gugur syahid. Lalu bangun seorang sahabat dari kalangan Anshar, Zaid bin Tsabit menawarkan diri untuk melaksanakan kehendak Nabi mencari Saad.

Zaid bin Tsabit RA menceritakan bahawa setelah mencari di segenap penjuru medan Uhud akhirnya Saad bin Rabe' ditemui dalam keadaan luka parah. Beliau dikelilingi oleh jenazah para sahabat yang lain. Tetapi keadaan Saad di antara hidup dan mati, malah boleh dikatakan kematian sudah begitu hampir dengannya . Tubuhnya kelihatan terkena 70 luka tusukan tobak, sabitan pedang dan lemparan anak panah. Kemudian Sa'ad berkata " Katakan kepada Rasulullah bahawa aku benar-benar telah mencium wangian syurga. Katakan juga kepada kaumku Anshar agar mereka jangan khuatir jika telah mengikhlaskan diri kepada Rasul dan sesungguhnya mereka telah berada dihujung perjalanan."
Zaid bin Tsabit RA bertanya kepada Saad "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan aku supaya mencari engkau, untuk mengetahui tentang dirimu. Bagaimana keadaan kamu wahai Saad? " Jawab Saad dalam nada lemah:
"Sesungguhnya aku berada dalam kalangan jiwa yang mati. Oleh itu kembalilah yang semakin menghampiri kematian. Jika engkau bertemu Nabi katakan kepada baginda bahawa aku berkirim salam."
Berkata Saad seterusnya dengan nada yang tersekat-sekat :" Bahawa aku berserah diri kepada Allah SWT untuk membalas jasa Nabi SAW, kerana aku tidak dapat membalas jasa baginda yanf telah memimpin dan ,mengasuhku, hingga aku menjadi seorang mukmin dan menjadi pengikut Nabi SAW yang setia."
Kata Saad lagi: Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian bahawa jika anda masih hidup. Sedangkan kamu tidak memperthankan Nabi sehingga Rasul dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."
Akhirnya Sa'ad menghembuskan nafas terakhirnya. (Hadis Riwayat dan Al-Baihaqi )
No comments:
Post a Comment