Saya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Nama sekolah saya ialah Maahad Tahiz Sains, Tanah Merah. Di sekolah ini juga, saya berkenalan dengan ramai kawan. Antaranya Bad, Are-di, Emi, Aina, Aida, Safda, D-lah, Kighoh, Ada, Ati, Baber, Biha, Zati, Baidah, Husni, Fina, Syara, Lili, Eda Jana, Tirah, Putri, Tiyah, Mira, G-dah, Yam, Balqis an so on lah,,,huhuhu...Kami bersahabat kerana Allah, walaupun pelbagai rintangan yang pernah kami lalui, kami tetap berjaya dan sehingga sekarang kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. I love you all. Pada mulanya kami menumpang di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat, kemudian di Tumpat. Beberapa tahun kemudian, sekolah kami siap dibina sepenuhnya di Tanah Merah. Alhamdulillah, ahirnya kami kekal disitu.
Kami ialah first batch dan peneraju sekolah ini, pada mulanya kami ingatkan kami hanyalah sekadar bahan eksperimen untuk sekolah ini, tapi ternyata hasilnya tidak sama sekali kerana kami mampu bangkit untuk memperbaiki result kami dari segi akademik dan al-quran. Alhamdulillah masing-masing sudah berjaya dan sedang mengejar cita-cita masing-masing di alam universiti. Setiap kali cuti panjang, kami selalu berkumpul dan saling menceritakan pengalaman yang dilalui semasa di universiti.
Saya ada seorang kawan baik, saya sayang dia kerana Allah. Kami selalu bersama, makan, tidur, dan belajar. Sampai satu masa, saya rasa sangat menyampah, cemburu dan bosan dengan dia. Walaupun kami belajar bersama-sama, dia selalu mendapat keputusan yang lebih cemerlang sedangkan saya tidak. Saya berasa sangat marah. Saya juga menyampah tengok dia rapat dengan orang yang saya tak suka. Kami bergaduh dan tidak bertegur sapa selama seminggu. Pada suatu hari, dia beritahu saya yang dia nak pindah sekolah. Ya Allah, tiba-tiba saya rasa saya akan kehilangan tempat bergantung dan amat sedih. Saya selalu rasa bersalah mungkin saya adalah penyebab kenapa dia pindah. Saya asyik menangis dan terus menangis. Selepas dia pergi, saya tidak seceria dulu lagi dan sentiasa murung. Saya rasa tertekan dan ingin ikut jejak langkah dia. Kemudian, dia selalu menelefon pejabat asrama kami dan sempat memberi kata-kata semangat. Dari situ, saya ubah pendirian saya. Saya selalu belajar dengan kawan-kawan saya yang lain. Sekarang, baru saya tahu apa sebab sebenar dan masalah yang dia lalui. Saya berasa amat malu dan selalu teringat peristiwa ini kalau saya keluar dengan dia.
Kesimpulannya, kita tidak akan menghargai seseorang itu bila dia berada didepan kita, tapi kita akan memerlukanya bila dia berjauhan dengan kita...oleh itu, sama-samalah kita menghargai sahabat kita dan sayang dia kerana Allah, =)
Video kenangan kami bersama....lets watch it =)
Pemandangan di sekitar MTS |

No comments:
Post a Comment